click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Nuffnang Ads

Friday, May 27, 2011

cermin mata VS kanta lekap

“If pakai cermin mata macam nerd laa plak. Nanti kan ada lekuk plak kat hidung! Tapi ia lebih praktikal kan?”

“If pakai lens wahh trendy owh! Comel jea tengok dah macam mata kucing daa.. Tapi kan takot dengan side effect nyaaa laa pulak!”

Apabila rabun melanda hidup especially remaja laa kan benda nie laa yang akan di jadikan samada nak pakai lens or cermin mata ala-ala nerd tue haa.. so this post will especially goes to my dear mimie! Mari mimie kak long nak bagitahu nie mana satu paling elok untuk mimie. Tue laa 25 hours ngan handphone, laptop. Intenet jea taw! Facebook, twitter laa aper laa. *macam laa aku tak mengadap benda tue kan?diri sendiri pon lebih kurang jugak.hehehe.. Tapi orang lain yang bukan nama mimie pon boleh jugak jenguk-jenguk, intai-intai this entry yeah..hehe.. *perasan laa ko nie ayin macam laa ramai orang nak tengok kau punya post nie haa! Ok let’s go through to the main topic! Tak payah nak membebel lebih-lebih!

Firstly kita tengok pro dan kontra tentang cermin mata:


cermin mata! thanks to en google!

Cermin mata dikatakan dapat memulihkan masalah rabun tak kira laa rabun jauh ke rabun dekat ke hape kan.

1- * It’s more practical! Yea laa kan hanya pakai bila perlu sahaja if x perlu bukak jea macam tue x payah nak cerewet sangat. Memudahkan hidop jugak laa bagi orang yang ada sifat malas siket nie..*its really suit for u my mimie darling!

2- * Sesuai untuk orang yang berjimat- cermat or kata kasarnya “kedekut”! Even cermin mata agak mahal harganya based on “power” penglihatan seseorang tapi kan dia mampu bertahan untuk jangka masa yang lama melainkan kamu sendiri yang mematahkannya or korang gatal-gatal nak tukar yang baru.

3- * Sesuai untuk orang yang sibuk memanjang or orang yang mempunyai sikap pemalas yang menebal dalam diri! Tak payah laa nak kena rendam dalam antiseptic ke nak kena cuci 25 hours ke nak kena letak jauh dari tempat yang senang dicapai ke hape. Semua tue tak payah yea sayangku! Cermin mata amatlah mudah untuk dijaga dan sememangnya tidak memerlukan penjagaan yang rumit ke rapi ke.

4- * Fesyen! Yea pakai cermin mata boleh jugak dijadikan fesyen taw! Cuba tengok budak-budak remaja ke orang tua yang x sedar da tua kat mana-mana shopping mall yang pakai cermin mata xda kanta tue yang dibeli kat times square tue aper niat dorang pakai kalau bukan untuk bergaya, berfesyen!

5- * Muka mungkin akan kelihatan lebih nerd berbanding yang asal. Bukan mungkin daa rasanya tapi pasti! So anda semua dinasihatkan untuk lebih berhati-hati memilih cermin mata bagi mengelak diri anda kelihatan nerd.

6- * Akan hilang sedikit daya tarikan diri! Yea laa kan sebabnya sedikit keistimewaan tue da tersembunyi siket. Disembunyi oleh cermin mata yang dipakai. Yea laa kan sekarang manusia lebih menilai luaran berbanding dalaman.tak baik taw!

7- * Kesan hitam di kiri kanan batang hidung akan terjadi! Sometimes its seems like lekuk..

8- * Jelas kelihatan! Yea laa kan orang buta jea kot yang x Nampak bila kita pakai cermin mata nie.dari jauh pon blh perasan taw if kita pakai cermin mata nie.

9- * Salah pilih muka jadi pelik! Yea laa bukan semua orang sesuai ngan certain cermin mata tue. Pilihlah berhati-hati yea jangan sampai orang keliling cakap u aliens pulak. So untuk menyelamatkan diri daripada keadaan ini seelok-eloknya minta lah pendapat dari orang lain yang lebih jelas akan kedudukannya. if susah sangat tanya jea kat kakak or abang yang keja kat kedai cermin mata tue mesti dorang tahu kan.

So dah jelaskan sayang tentang cermin mata sekarang kita ke bahagian kedua(siap-siap nak bahagian kedua lagi ko yea ayin, ko ingat nie seminar ke?hehe) iaitu kita sama-sama menjelaskan diri kita masing-masing akan pro dan kontra kanta lekap or lens:


contoh kanta lekap! thanks en google!

Dulu-dulu kan orang keliling cakap kanta lekap nie sama jea dengan cermin mata sebab masing-masing dapat buat kita Nampak dengan lebih jelas. Tapi kan sekarang kanta lekap nie macam dah jadi sebahagian daripada aksesori laa plak kan. Aper-aper pon sebelum nak pakai kanta lekap nie kita mesti tahu pro dan kontra nya dahulu laa kan. Jom lets check it out:

1- Lebih kemas! Pelik if kita x nampak kenapa apabila pakai kanta lekap ia nampak lebih kemas berbanding apabila kita pakai cermin mata. Dah sah-sah kita kekadang tue x perasan pon samada mereka nie pakai lens atau tak. Mereka pon takkan tahu yang kita ada masalah penglihatan memandangkan pemakaian kanta lekap tidak kelihatan seperti kita memakai cermin mata.

2- Terdapat pelbagai warna bagi mereka yang menginginkan kelainan. Cakap jea nak biru, merah, pink, ungu, hijau semua ada variasi laa katakan.

3- Korang tahu tak yang kanta lekap nie sebenarnya kan digunakan atas tujuan terapeutik ataupun kaedah rawatan bagi beberapa masalah mata. Saya pernah terbaca pasal benda nie sedikit masa lalu tapi saya masih ingin mengumpul tahu pasal benda nie dengan lebih mendalam lagi. It’s one of interesting topic!

4- Pemakaiannya yang agak rumit dan perlukan penjagaan rapi mampu mendisiplinkan kita dalam penjagaan mata. Kiranya kita lebih sayang laa ngan mata kita tue.

5- Ianya amat sensitive! Terlalu sensitive! X perlu laa nak elaborate panjang-panjang kan rasanya semua tahu kenapa ia sangat sensitive.

6- Penjagaan yang cukup rapi! If kita mengunakannya kita hendaklah menjadi manusia yang serapi-rapi mungkin. Tak boleh nak ambil endah tak endah. Kanta lekap juga perlu mengikut tempoh masa tertentu. Apabila dah sampai masanya ia hendaklah dibuang dan jangan pakai lagi takut ada infeksi pulak.

7- Mudah berlaku jangkitan pada mata jika tidak dijaga dengan betul. So pandai-pandai lah jaga dia yea!

8- Jika berlaku sebarang jangkitan dan jangkitan itu dibiarkan, masalah kesihatan mata individu itu akan terjejas. Risiko untuk sakit mata akan menjadi bertambah serius, teruk, dan lebih bermasalah.

9- If korang pakai yang beli kat pasar malam ke pasar minggu ke senang cerita produk yang murah laa kan ia mampu member risiko yang tinggi terhadap mata anda!


Tip penting untuk siapa yang suka pakai kanta lekap! Cermin mata? Xpayah laa! Cermin mata kan lebih praktikal berbanding ngan kanta lekap yang lebih complex gitu! *dah macam shopping complex laa plak kan! Haish tetiba teringat nak shopping laa plak sudah! Enough!

1- tolong basuh tangan setiap kali hendak tukar atau pakai kanta lekap! Please wash your hand yea! Lebih afdal lepas basuh tue korang pakai plak sanitizer x kira laa jenama apa pon lifebuoy ke dettol ke yang penting sanitizer!

2- Jangan cuba-cuba untuk berkongsi, meminjam, meminjamkan kanta lekap ngan orang lain tak kira laa adik beradik ke, mak ayah ke, kawan baik sekatil ke, teman sehidup semati ke hape ke. Tahu laa sharing is caring yea tak tapi yang penting jangan sesekali yea mencuba aksi ini! Jangan laa try nak kongsi ke nak pakai yang orang lain punya especially yang telah dipakai. If nak pakai sangat beli sendiri laa yea tue lagi berhemah di jalan raya!

3- Elakkan dari membeli kanta lekap yang murah! Sebabnya mungkin kualiti dia tak sebagus mana yang diharapkan, lagi baik mahal dari hilang nikmat mata selama-lamanya kan. Jangan nak megah sangat laa ngan kanta lekap nak-nak yang dibeli kat pasar malam! *ada ke kanta lekap yang jual kat pasar malam?

4- Jangan sesekali mencuba untuk tidur dengan memakai kanta lekap! Jangan laa mencuba aksi rempit merbahaya nie! If nak tidur and mengantuk macam mana sekalipun jangan lupa untuk tanggalkan dulu kanta lekap tue yea! Sayangilah mata anda even dia rabun siket!


Haa tamat sudah sesi membebel saya mengenai cermin mata dan kanta lekap. Harapannya harap semua lebih jelas nak pilih yang mana satu! And untuk u my mimie darling kak long harap benda nie akan mengurangkan anda dari keadaan dilemma yang anda alami sekarang! Last but not least jaga lah sebaik mungkin nikmat penglihatan anda! Take care of your eyes!


till then!
sealed with lots of love!
muahxs!
...<3>...
...

*saya teringin mahu tukar cermin mata! please ayah!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads