click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Nuffnang Ads

Friday, August 26, 2011

Cadburry!

Inie namanya entry gedik! hehehe..
ceritanya macam nie semalam around 10 pm cm tue laa craving nak makan cadburry!
satu rumah saya minta..
last2 semalam tak dapat jugak sebab mungkin dah lewat kot..
entah laa saya pun tak tahu..hehehe..

yea semalam memang laa tak dapat tapi hari nie tanpa disangka saya dapat cadburry!
semalam hanya minta satu bar black forest tapi hari saya dapat tiga jenis
chocalate zip, almoond yg dalam kotak tue and for sure black forest!
suka sangat!
hahahha
buktinya saya dapat?
tengok laa bawah..hehehe


banyak tak?
ok laa kan untuk seorang makan..hehehe
yea saya memang peminat tegar coklat brand inie especially cadburry!
cookies dye pun saya suka especially yang havelnut tue..best ever! hehehehe..
ok stop it!
nak tengok apa yang cadburry offer untuk kita semua?
jom klik inie.. sure tak akan nyesal laa..!
jom kita menikmati kelazatannya bersama..



till then!
sealed with lots of love!
muahxs!
...<3>...
...


*masih syiok menikmati kelazatannya. kepada sesiapa yang odw balik ke kg tue hati-hati di jalan raya yea! drive safe!

Monday, August 22, 2011

saya anak yang sulung!

Since dah berhari-hari tak update blog kan? Tiada cerita laa korang! Entry kali ini adalah sempena pertanyaan kawan saya. Dia ada tanya best ke jadi anak sulung nie sebab nya dia seorang adik yang bongsu yang ada hanya seorang abang. Tue pun abangnya dah kahwin. Kesian awak Azah!

Best ke jadi anak sulung nie? Jom laa saya jawab secara random yea!

1. Kecil-kecil lagi, anak sulung dah diberi tanggungjawab jaga adik. Tak kisah laa awak ada orang gaji ke, mak awak surirumah ke, nenek awak jaga awak kat kampung ke...tapi awak tetap kena take care of adik awak kan. Benda tue semua dah termaktub dalam kamus hidup sebagai anak yang sulung.

Kalau parents pergi kerja or ada hal nak kena attend, saya kena jaga adik, bagi makan, panggil mereka agar tak main panas, suruh mereka mandi dan lain-lain. Masa saya kecil, kalau balik kampung, saya selalu kena larang tak dapat ikut makcik pakcik berjalan, sepupu-sepupu main.*tapi saya selalu jea cari alasan nak ikut mereka. Well saya kan?* Alasannya kena jaga adik tak kira laa adik sendiri ke adik sepupu ke. Kalau bunyi je diorang menangis, pasti akan berkumandang di udara..

Ummi: "Along! Tengok adik!"

Kalau adik jatuh..
Ummi: “Ya Allah kenapa tak tengok adik?”

Paling tak cool sekali..
Ummi: "Along! Tolong mandikan adik ni".

Malu weyh, kalau tengah borak or main dengan kawan-kawan kena panggil mandikan adik. Dah laa adik saya lelaki yea memang laa perempuan pun ada, adik sepupu pun ramai yang lelaki nie haa. Serius tak cool.
Ikhmal and Maryam , you owe me one thousand ringgit for this.*ha elaa macam murah sangat laa plak kan?*

2. Oh yea, tugas pembantu dapur sudah tentulah awak punya. Dari basuh pinggan mangkuk, ke basuh ayam potong ayam, ke potong bawang, ke goreng ayam, ke tumis rempah , kopek buah badam...eh macam nak masak kuzi ayam je ummi aku ni :p

Umur 15 tahun saya dah masak sup sayur dengan ayam masak merah untuk makan tengahari wehhh. Masa tue mak saya meniaga so saya kena masak bagi adik-adik makan. Tapi lepas umur 16 tahun saya dah tak masak sebab stay hostel and now dah pandai masuk dapur balik.huhu.. Okay my point is, that's why I know what, how, when and where in the kitchen. Kalau masa ummi saya berniaga saya jugak lah yang kena tolong dia masak. Adik-adik duduk depan tengok cartoon! Yea amat cemburu!

3. Kalau bergaduh adik-beradik dah tentu awak kalah bila parents masuk campur. Especially, kalau adik awak tue anak kesayangan parents awak kan. Alasannya awak kena mengalah sebab awak kakak! Cliché!

4. Bila dah boleh lesen keluar merayap dengan kengkawan, kena beli chicken meal kt kfc laa demi nak kumpul mainan. if pergi mall kena beli kulit popia, ubi sengkuang, kacan panjang, Sunkist, untuk masak. Nak keluar tak boleh kerap sangat sebab adik-adik jeles. Kena jadi tutor yang tak bergaji sebab nak tolong adik-adik buat kerja sekolah. Kena check kerja sekolah adik, kena potong gunting kertas sebab mereka.Kena mesej ayah guna kredit telefon saya suruh beli manila kad adik or buku latihan masa tengah syiok layan movie kat depan tv or tengah layan tenet. Okay over. (-_-“)

So,
awak rasa best ke jadi anak sulung?

Best!
Sebab sekarang kakak boleh suruh korang semua buat kerjaaa. Yeah!
Maryam pernah cakap, “Eee, Along ni..suka hati je nak suruh.”

Hey, aku kan kakak!


wahai kakak seluruh dunia seperti saya sila klik disini untuk kelihatan lebih muda.!hehe



till then!
sealed with lots of love!
muahxs!
...<3>...
...


*angah, nak sandal sepasang! =P

Monday, August 15, 2011

Kelakuan dan Mulut!

Aku teramat yakin bahawa ramai antara kita semua sudah masak dan sudah mengalami akan pengalaman yang aku ingin kongsi bersama ini tatkala terserempak dengan gadis belasan tahun di tempat umum. Niat di hati bukanlah mahu menconteng arang di muka mereka nak-nak lagi mereka yang seperti aku iaitu perempuan, hanya sekadar meluah perasaan dan sedikit kekesalan di hati ini di belog kesayangan ini sahaja. Kenapa tiap kali kita melihat mereka yang melakukan sedikit kesalahan, mulut kita akan lancang berbicara macam laa diri kita ie perfect? Entah laa aku pun tiada jawapan untuk itu. Ini sekadar sedikit pengalaman yang dialami tatkala mengunjungi bazaar ramadhan saban hari. Terjumpa seorang gadis yang amat mesra dengan teman lelaki nya mungkin dan ramai pulak orang kat situ memandang sinis ke arah beliau sambil berbisik antara satu sama lain. Pandangan mereka ke arah gadis itu amatlah menjengkelkan. Mungkin disebabkan hampir setiap hari beliau bertukar pasangan tapi seriously aku pun tak pasti. Usia gadis itu? Dalam belasan tahun mungkin usianya tapi aku sendiri pun tak pasti. Cantik mukanya. Ala-ala pan asian gitu kan, gadis muka mat-salleh yang cun melecun tue plus yang di gilai ramai terutamanya sang jejaka. Tetapi, mengapa mesti pan asian ya? Kerana mungkin dia memang ada darah campuran ea? Haha, mungkin lah aku pun kurang pasti akan hal itu. Itu kamu kena tanya orang yang betul-betul kenal siapa dia nie. Jangan tanya aku. Kerana aku dan dia tidak pernah kenal hanya aku sahaja yang mengenali muka beliau sedangkan aku langsung tidak pernah mengenali nama dia. Tak lebih, tak kurang. Aku memang langsung belum kenal lagi siapa dia mungkin tiada langsung cara untuk mengenali dia. Tak apa laa tak ada rezeki rasanya. Kecewa dan sedikit terkilan. Itu sahaja perkataan tepat bagi menggambarkan mengenai beliau yang saya jumpa ini. Katakanlah if aku ada kuasa untuk mengenali semua orang secara personal kan bagus? Boleh aku tahu hal-ehwal orang lain dan memandang berat seterusnya sama-sama berkongsi terhadap masalah yang mereka alami. Berkongsi kegembiraan? Itu pasti. Well sharing is caring kan? Opss jangan salah faham pulak aku bukanlah hendak menjadi stalker atau menjaga tepi kain orang ya? Saja aku hanya mahu berkongsi semata-mata. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu.Walaubagaimanapun, aku tidak akan sama sekali mempunyai kuasa sebegitu. Kuasa kita semua bahkan Perdana Menteri sekalipun amatlah terhad untuk mengenali SEMUA orang di Malaysia. Ia amat-amat lah mustahil. Tak mungkin sesekali. So ada baiknya aku stop berangan! tapi kan seriously aku amat laa pelik dengan manusia, jika kita tidak mengenali seseorang itu dengan lebih rapat, apa kejadah nya tanpa segan silu kita nak memaki seseorang itu dengan begitu bongkak ya? kenapa kita nak kena maki orang lain habis-habisan macam laa kita tak pernah buat salah jea kan? Macam kita kenal jea siapa ibu bapa mereka itu? Macam laa kita kawan dengan adik-beradiknya? Lebih tepat, adakah kita tahu persis gaya hidup orang lain 24 jam dan tahu benar apa masalah-masalah yang dia hadapi sepanjang hidup dia? Aku amatlah yakin ramai antara kita semua akan menjawab tidak! termasuklah aku sendiri, Tapi... Ya, memang ada tapi. Aku faham. Aku mengerti. Tunggu jap yea bagi aku habiskan ayat aku nie dulu. Honestly aku mahu beritahu kepada kamu semua termasuklah membuat peringatan kepada diri sendiri. Tak payah laa kita menjadi terlalu emosi dalam hal orang lain. Tak salah nak ambil tahu tapi tak perlu kot kita nak over sangat. If dah berlagak pandai untuk menjadi bagai ustaz dan ustazah 'typical instant' seperti yang selalu kita dapat lihat dalam masyarakat kita pada hari ini. Berfikirlah secara waras dan seimbang. Berkatalah dengan adil. Ingatlah siapa kita nak tentukan hukuman syurga neraka buat insan sama seperti kita means sesama manusia, itu semua kerja DIA. Tugas kita sebagai sesama manusia hanya perlu menegur secara berhemah. mereka mungkin pada kita mereka ada buat salah, mana laa taw dia akan berubah kelak dan tidak semena-mena kita pula diberi ganjaran pahala. bukankah itu lebih baik? janganlah kita bertindak seperti nak tambah koleksi dosa kering jea nak-nak di bulan mulia nie. Jangan laa harsh sangat nak-nak lagi if budak tue baru nak mendaki usia remaja baru nak berjinak-jinak nak kenal dunia sebenar. Janganlah sesekali mengeluarkan sesuatu yang buat remaja baru nak naik nie akan menjadi down mungkin. kita hendaklah adil which means meletakkan sesuatu hak di tempat yang betul. Yea aku tahu semua orang ada emosi untuk marah apabila didedahkan dengan berita yang mungkin menyeksakan hati dan perasaan kita sehingga mengeluarkan ayat sampai sebegini rupa apa-apa pun nie contoh jea laa yea. "Eh Pempuan(if kasar siket mungkin betina kan?), masuk nerakalah kau nanti. Umur baru setahun jagung dah menggatal dengan lelaki. Tak sedar ke nie bulan mulia? Bangang gila. tak sekolah ke? Tambah bangga sangat laa kata diri tue ramai koleksi jantan. Hari-hari bertukar jantan! Kau boleh pergi jahanam laa pempuan!" yea aku tahu semua marah yea laa kan kita negara timur jauh simpang akhlak yang aku gambarkan itu dengan budaya kita kan. aku amat jelas tentang itu seriously dialog aku tue just contoh sahaja tak ada nak tuju kat sape-sape pun sebab aku sendiri pun tak tahu persis apa yang orang lain lemparkan buah bicara tatkala melihat gadis itu. Tapi tolonglah wahai umat manusia janganlah hukum orang sebegitu. Amat-amatlah tidak adil yea. Mesti korang pelik kan kenapa aku cakap tidak adil sebabnya lagi terang lagi bersuluh perkataan itu terbit dari mulut kita yang amat-amat terikut dengan emosi amarah. Janganlah kita menjadi bangsa yang cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan dan aib orang lain. Kalau kita rasa kita sudah layak untuk memberi komen sebegini atau seakan begini, tak mengapa lah aku pun tiada hak nak menghalang well negara kita pun negara demokrasi kan. Bagi aku laa kan input yang terbaik untuk diberi kepada mereka yang sedikit bermasalah (macam laa diri sendiri tak melakukan salah silap kan) nie ialah "Astaghfirullah Al Azim.Allah Akhbar. Mengucap adik! Adik tau tak apa itu sebenarnya maruah. Maksud sebenar maruah? Allah Taala sendiri pernah berfirman agar hambanya menutup aib orang lain apatah lagi aib diri sendiri. Adik membuka pekung sendiri itu adalah dilarang sama sekali dalam agama kita. Nauzubillah. Bertaubat lah dik. Boyfriend bukan kekal dik ia mainan sementara dunia jea melainkan dia dah sah menjadi suami adik" Bagaimana? Iya, aku pasti ini adalah cara teguran yang terbaik. ini semua atas didikan guru-guru masa di zaman sekolah agama dulu.yea saya bekas student sekolah agama. Ada yang mungkin akan mempersoalkan mengapa kita nak kena menggunakan ulasan dengan hujah keagamaan, di tambah dengan surah-surah terpilih kepada gadis yang hanya berumur belasan tahun iya? Jika seorang gadis berumur dewasa mungkin boleh terima pakai dan amatlah sesuai. Tetapi bagi gadis yang hanya berumur belasan tahun yang masih tidak tahu atau mungkin tidak searif dalam mengenal kemanisan sebenar mempunyai Tuhan dan hidayah dari-Nya', ia sama sekali tidak akan menjadi sesuatu yang logik. Sudah sah kita lihat budak belasan tahun ini masih belum matang dalam berkata-kata dan kehidupan. Dia lebih bertindak ikut sedap mulut dan ikut sedap perasaan jea bukan berfikir dahulu sebelum bertindak. Kita sebagai umatNya janganlah hanya bertindak untuk menambahkan kekeliruan kepada gadis tersebut. Sebenarnya kan ramai lagi gadis seperti beliau ini di luar sana. Aku amat lah yakin dan kalian juga sudah jelas akan keadaan ini kan. Ramai antara kita pernah mendengar kan especially dari golongan pendidik anak bangsa yang mengatakan mendidik sang gadis remaja yang bersekolah bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi yang telah di dedahkan dengan subjek cinta. Bagi aku laa kan kita sebenarnya tak usahlah terlalu harsh sangat dalam berkata-kata sehingga perlu menghina, memaki dan mengejek orang lain. Hey siapa tidak pernah buat salah dalam hidup mereka? Walaubagaimanapun kita tidak seharusnya berdiam diri sampai perlu mengatakan 'kubur masing-masing'. Yang kita perlu ialah kesederhanaan dalam mendidik especially diri sendiri. Bukankah agama kita suka kepada mereka yang bersederhana? Mereka yang dekat dan rapat dengan adik inie seharusnya berusaha untuk menanamkan psikologi yang baik kepada pemikiran dia. Itu yang aku rasa paling penting.

Kepada yang berkenaan...

*kepada diri sendiri also!

Please say sorry to your parents! Seek their forgiveness! Your parents must be first place in whatever matter! You must realize that you just create a sin maybe to yourself. Maybe you melakukan silap sebab you alpa dengan nikmat dunia. Jangan terlalu obvious dengan kata-kata mereka yang menghina. Kerana mereka tidak kenal diri you sepenuhnya seperti you kenal dengan diri you sendiri. Lagipun, itu juga yang sering you utarakan di minda you sebelum ini kan? Don't judge a book by its cover. Betul? tolonglah jangan bangga sangat dengan perbuatan yang you lakukan tue. tak salah if merendah diri kan? Kamu boleh bercinta. For me hanya orang gila sahaja yang melarang percintaan, melarang couple. Kerana mereka terlalu paranoid. Maybe. Tapi, kita sebagai hamba nie mesti mencintai Sang Pencipta lebih dari segala-galanya. Hanya Sang Pencipta yang sentiasa setia mendengar keluhan, kesedihan dan kegembiraan kita setiap masa. Kita boleh menyintai seseorang lelaki yang kita minat kerana tak salah ada sifat mencintai dan dicintai dalam hidup kita. Cuma, kita perlu mencari cinta yang tepat. Berusaha dan memohon dari-Nya. jangan sesekali berputus asa. Jangan sesekali kita mendekati lelaki yang boleh membiarkan diri kita terkapai-kapai apabila kita dilanda masalah, apabila kita sudah tiada mahkota diri, dan apabila kita dirundung dalam masalah yang besar. Mintak simpang! Nauzubillah min Zalikh! Takaballah hu minkum! aminnn.......

For me,life can only be learned by doing mistakes. No such thing life without mistakes man.. No such thing.

till then!

sealed with lots of love!

muahxs!

...<3>...

...

*terdetik untuk menulis entry inie disebabkan terlalu ramai orang yang menghentam mereka ini! kesian gila kot kat mereka ini dihentam sebegini. bengka tue tetap laa ader kan nak-nak lagi dengan kelantangan dia tue macam jauh jea dah tersimpang kan tapi ntah laa saya pun tak tahu nak cakap macam mana. just imagine if she is ur sister? what you feel? saya bukannya kakak dia yea. hanya manusia semalaysia sahaja. Sorry laa teremosi siket tatkala menulis sampai terpaksa bahasakan diri ‘aku’. Sorry!

Sunday, August 14, 2011

Berdua Bersatu

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna kumampu
Kita berdua bersatu

till then!

sealed with lots of love!

muahxs!

...<3>...

...

*actually lagu nie ada orang main tuju-tuju dengan saya. thanks dior for this song..love it! jom laa layan lagu nie sat..

Saturday, August 13, 2011

berbuka bersama keluarga!

Ermmm first exspresion is exhausted. Really! Macam nak terapi jea sekarang macam inie tapi kan dalam penat-penat tue fun gila jugak laa sebenarnya. Best ever. Even tak semua family member sebelah ayah saya yang pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama tapi still meriah ok. Nie laa nikmat keluarga. Best tak terhingga. Rugi jugak kan if family member dye kecik jea. Saya untung sebab saya berasal dari keluarga yang besar. Kenapa reunion berbuka puasa kali nie best? Mai laa saya story-mory siket dengan you all..hehe*mengada!

1st - memang lama gila tak balik rumah tuk ayah untuk buka puasa. Hampir 4 tahun rasanya. Lama kan? So peluang kali nie memang best laa.

2nd – masak sama-sama. Suasana kat dapur memang macam tongkang pecah laa. Riuh mengalahkan tumbang sekor lembu. Nanti makcik yang bongsu tue nak kahwin tahun depan tak tahu laa macam mana kan.

3rd- makan ramai-ramai kat family hall. Lauk tak best pun boleh jadi best taw! Semua-semua masa nie tahap selera tue memang klimaks laa.

4th- makan dengan penuh happening sekali! Well family ayah saya agak riuh yea. Semua mulut memang macam bertih goreng laa kan. So tak kira time mesti nak cakap and tak akan lepaskan peluang untuk mengenakan satu sama lain.

5th- semua makanan licin! Habes! Bagus! Amalan syaitan dijauhi! Hahaha

6th- lepas berbuka and sudah kenyang semua-semua busy berebutkan bilik air. Sebab masa nie laa nak mandi laa nak air sembahyang laa nak guna toilet laa. Macam-macam. Masa nie terbukti lagi keriuhan nya.

7th- lepas semua dah selamat mengerjakan maghrib kita chill sekejap nagn kit-kat. Heh tak ada makna laa nak chill dengan kit-kat. Semua-semua chill dengan rutin sendiri and ambil nafas jap. Penat ke? Eh penat laa sebab dah kenyang kan! Masa nie laa ada yang berborak sesama sendiri, bermain dengan sepupu-sepapat, ada jugak tak lepaskan peluang untuk megusik satu sama lain pastue terburai ketawanya, yang remaja tue pulak sibuk ambil phone masing-masing pastue sibuk laa nak share apa-apa dengan yang lain.well nie laa rutin!

8th- selepas take five and isyak telah masuk so aper lagi can’t expect without sembahyang berjemaah. So semua mesti sembahyang berjemaah except mereka yang uzur ang kanak-kanak bawah umur.

9th- oh yea nie kan bulan ramadhan so kami semua berterawih bersama-sama di rumah dengan berimamkan my uncle. Atuk saya dah uzur laa so dah tak boleh nak jadi imam dah. Tenang jea masa tue. Semua-semua menghormati solat.

10th- lepas dah selesai solat terawih tue apa lagi kami buat if tak berpesta bersama sepupu-sepapat. Kami berpesta kegembiraan bersama-sama. Dari sebesar ayoe hingga sekecil humairah semua enjoy. Best gila laa.

11th- you are so funny ayoe! Dah laa dia yang paling besar paling tua di kalangan sepupu-sepupu kami tapi dia paling kelakar. Pakaian memang baik laa siap berjubah tapi berlari-lari main mercun. Best laa!

12th- ada pesta durian! Sesiapa yang makan durian mereka akan berkumpul di dapur bagi menghormati mereka yang tidak gemar akan durian. Bagus family saya nie kan?

13th- selepas semua dah selesai berpesta apa lagi yang boleh dibuat selain kumpul di family hall reramai then borak dengan happeningnya. Masa nie laa nak bercerita hal-ehwal semasa, megorek rahsia lama, berteka-teki, megusik satu sama lain.yang best nya lepas bercerita tue mesti kami semua akan gelak besar. Memang riuh laa. Sampai atuk kami cakap “slow siket orang lain nak tidur” and I pon tanpa segan silu berkata “tak apa esok if orang kampung datang tanya sape bising semalam cakap laa cucu tuk mahmood” hehe. Oh yea rutin kami lupa pulak nak cakap kami semua suka makan so if lepak-lepak tiada makanan memang tak ngam arh! So mesti ada makanan!

14th- bertepuk tampar dengan sepupu-sepapat memang rutin! Kami amat rapat! Macam adik-beradik dah. So tak kisah sangat laa. Dalam sibuk bergurau dengan my cousin izzat tiba-tiba hannan cakap “eh mana boleh bukan muhrim” then my aunt cakap “sah kahwin nie”, “sudah laa cik za kena bagi dua hantaran laa nie” I pun jawab laa “biar laa izzat,cari jea orang lain” pastue my aunt sorg lagi tanpa disangka berkata-kata “tak apa laa kak long cari orang perlis jea nanti” dengan slumbernya saya berkata “eh bukan perlis, Selangor jea…” blurp! So lepas tue memang teruk laa dibaham oleh makcik, pakcik and cousins i. penat laa dengan gelagat mereka nie,bukan penat apa sebenarnya penat gelak plus segan! Tapi siapakah itu orang Selangor yea? ntah! I pun tak tahu..haha

So itu laa antara kenangan yang dapat dicoret dikala berbuka bersama keluarga tuk Mahmood! Best laa family tuk mahmood nie! Tapi ada jugak yang tak best nya sebab sorang my uncle dah meninggal hari tue. Abang ayah i. so tiada sorang ahli family member. al-fatihah..

Saya nak tidur dulu laa yea..sebab saya dah penat sangat-sangat.

till then!

sealed with lots of love!

muahxs!

...<3>...

...

*esok nak keluar outing with my father. Wish me luck!

Wednesday, August 10, 2011

tiga kata



Yeah.. lagu ni ditujukan kepada mereka yang sudah lupa erti cinta Hanya 3 kata sahaja cukup besar maksudnya

Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta
Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta
Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa
Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Di takdirkan berpisah
Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan
Dengan mereka disisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga
Mempunyai bahu setia untuk kita bersandar
Pejamkan matamu
Lihat lah di hatiku
Semua kasih terhimpun,
Dibiarkan terkurung
Jadi keluarkan
Sekarang luahkan
Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta
(aku cinta padamu)

Wo aini..i love you



till then!
sealed with lots of love!
muahxs!
...<3>...
...


*kepada pencinta duit seperti saya silalah klik disini yea terimas! sure tak akan menyesal.

Monday, August 8, 2011

happy birthday crazy dude!

6 ogos!

Yea as usual every year mesti aku akan face tarikh nie. if dulu bahagia jea bila ngadap tarikh nie tapi sekarang hanya rasa sakit and kekadang macam dah tiada apa-apa dah. No more wosh for me to him this year! Yeaahaa! Maybe aku dapat remov dia secara total dalam hidup aku. If itu yang terjadi alangkah bersyukur nya aku. Sebenarnya tertungu jugak if akan ada email bertanya sama ada ingat atau tidak akan tarikh lahirnya itu tapi itu hanya harapan semata-mata. Mungkin ada baiknya jugak kot dia tak email aku kan. tak ada lagi laa aku nak mengharap kat dia lagi kan. Alhamdulillah!

Especially untuk kau! Nie hadiah hari jadi teristimewa untuk kau laa kan!

ntah laa..
rasenye macam sakit sangat hati bila dengar nama kau sekarang taw!!

pastu nak tengok page kau kat fb pon cam tak nak jea maybe sakit hati..
sebab mijie dengan fauzan jea aku tak remove kau dari fb aku tuh..

Semua tak nak aku nampak obvious sangat depan kau.

yea laa semua kawan kau sayang aku.

Kau jea tak sayang aku taw dude!

yelah mungkin sebab muka kau yang ensem dulu..

ramai yang nak termasuklah aku yang bangang nie..
hurm..awal-awal lagi aku macam dapat rasa kau bahagia sangat2 kat Egypt tuh..
dengan betina and kawan2 pompuan kau and now ngan isteri kau..

For your information wife’s crazy dude!
He chooses kau dari aku!
Die berubah sbab kau!

Huh!! aku rase kawan2 kau kat uni tue yang wat hbgn kita hancur!
aku tak pernah nak salahkan kawan-kawan sekolah kita sebab aku kenal semua.

semoga kau bahagia la ever after !!
aku taw kau tengah tenang and bahagia aku dah tak ada nak contact kau lagi kan!

tapi kau jangan mimpi laa kau akan tenang sampai bila2..

allah ada untuk ak!!
allah ada untuk balas apa yang kau dah buat kat aku!

Hidup penuh ngan karma even kau tak percaya sebab aku tahu kau jenis nak realistic 25 hours!

sakit bodoh apa kau dah buat kat aku..
kau laa 1st love aku..
aku dah buktikan kat kau aku dah berubah,
aku dah baca2 macam buku yang kau suggest untuk jadi baik.

unfortunately u still can't accept me!

tapi xpe lah..
allah dah tunjuk kan kat aku..
kau dah bahagia and dah boleh hidup tanpa aku..

hurm ! tipu la kalau aku cakap aku tak sayang kau!

Ntah laa... kalau kau boleh hidup tanpa aku..
why aku tak boleh? aku pon boleh jugak laa..
kau sendiri yang admit aku nie jenis manusia yang paling positif dalam setiap hal

BTW
thanks dude for everything! no more u in my life! enough!


till then!
sealed with lots of love!
muahxs!
...<3>...
...

*susahkan hidup dengan sayang orang sepenuh jiwa nie..?haish!

Friday, August 5, 2011

bangun semula!

Tersentak sejenak dentakan jantung
Mendapat khabar kurang senang
Impianku kecundang
Oh entah di mana salah silapnya
Sedangkan semua dah dicuba
Hati asyik memikir
Dunia dah berakhir
Begitulah perasaannya
Kecewa dalam usaha
Manis dah hilang nikmatnya
Pahit yang jelas ketara
Tapi bila direnungkan
Makin kaya pengalaman
Memberikan kekuatan
Untuk bangun semula
Kadangkala kita pantas berlari
Mengejar apa di hadapan
Tersandung pula halangan
Biar luka hanyalah sementara
Tinggalkan parut kau dah usaha
Jangan jadi alasan
Berhenti separuh jalan...
..........

till then!
sealed with lots of love!
muahxs!
...<3>...
...


* yeah i need to! bkn bangun semula sebab makanan yea!

Monday, August 1, 2011

kawan!

Kawan

Kau terima jea laa tawaran yang kau dapat tue dengan seikhlas mungkin

Dah lama kau idamkan kau mimpikan yang kau akan dapat sambung study kau kat situ

And at last kau dapat even banyak halangan yang terpaksa kau tempuhi untuk jadikan benda tue reality

Kau bersyukur laa

alhamdulillah

Kawan

Aku akan cuba terima benda tue as a kenyataan yang memang dah tersurat untuk aku

Aku tak nak digelar sebagai manusia yang tidak pernah bersyukur dengan rezeki yang dikurnia kan

Mungkin dah nie nasib aku takdir aku jalan hidup aku yang terpaksa aku tempuhi

Mungkin ini yang terbaik yang sudah tersurat untuk aku

Aku pasrah

Kawan

Mungkin ini yang dinamakan karma

Well kita sama-sama tahu kan hidup full of karma

Dulu aku selalu ketawakan kau sebab kau stay kat hutan

And now dah tiba masa untuk aku plak untuk merasa apa yang kau pernah rasa

Yea dulu aku up dari kau sebab aku stay Bandar

Tapi sekarang tiba laa plak masa untuk kau merasa hidup di Bandar

Itulah roda hidup

Aku terima

Kawan

Usah laa kau nak merasa sedih ke terkilan ke

Ini semua dah ditentukan untuk kau

Ini yang terbaik untuk kau

Aku doa kau beroleh kejayaan dalam hidup kau

Kawan

Even susah untuk aku terima nasib aku ini

Tapi aku akan berusaha sedaya mungkin untuk menerima nya

Aku akan bersikap lebih realistic lebih matang lebih positif

Aku akan assume benda ini ada laa yang paling terbaik untuk aku

Aku akan jadikan benda nie sebagai batu loncatan untuk aku berjaya di masa depan.

Kawan

Usah kau merasa bersalah terhadap aku

Kau tidak pernah buat apa-apa salah terhadap aku

Ini semua nasib masing-masing

Ia di luar jangkaan kita

Tiada siapa yang boleh agak apa yang akan terjadi

Aku redha

Kawan

Terima kasih untuk segalanya

Aku sedar aku tak akan boleh bergantung harap dengan kau selamanya

Kau sendiri punya life yang kau sendiri perlu coretkan

Kau ada hak untuk merasa bahagia

Usah kau beban kan fikiran kau dengan hal aku.

Kau berhak untuk mengecapi apa yang kau perolehi

Aku doa kau akan sentiasa happy dalam hidup kau

Even lepas nie masing-masing akan sibuk dengan life sendiri even lepas nie aku jarang contact dengan kau aku akan selalu ingat kau aku selalu sayang dengan kau!

Aku hargai sangat-sangat kau as a BFF even maybe kau tak anggap aku macam tue.

I always love you so very much buddy!


till then!

sealed with lots of love!

muahxs!

...<3>...

...


*aku sendiri tidak jeals dengan hubungan kita lepas nie tapi aku harap sangat ia tidak akan terjejas. harap kita tak akan terputus hubungan macam masa lalu lagi.hope so!

Ahlan wasahlan ya Ramadhan!

Assalamualaikum!

*uhuk uhuk! Batuk manja siket..hehe

Fuh..dah lama tak buka blog ni..Had been very busy with daily routine. Masalahnya lama sangat ke x bukak kan? Biasa-biasa jea maybe!

Now, segala anasir yang menjauhkan I dengan family and my only one site also akan ditolak tepi dan sejauh munkin. Kepada readers kesayangans yang tertunggu-tunggu new entry tu..ampun maaf dipinta mensuci hening dosa setahun menghilang sekarang menjelang lagi.*haish macam nak raya plak kan? =p
Untuk Ramadhan ini, bulan yang penuh barakah ini akan ku cuba menghasilkan entry yang lebih berinformasi untuk mengisi masa lapang saya sendiri di siang hari! Waah..since dah tak boleh makan kan..santapla blog nie jea laa..hahahaha

Dah menjejak ramadhan 1432H/2011M kan kita? Finally datang lagi sidia yang teristimewa. Marilah kita bersama-sama menyambutnya dengan serendah hati yang mungkin. Kejarlah pahala bersama. If dapat berjumpa dengan malam lailatul qadar alangkah bersyukurnya kita kan. I hope I will meet! Aminnn…

Ahlan wasahlan ya Ramadhan!
Mohon maaf kepada sesiapa sahaja yang ada terguris hati sepanjang perkenalan kita.
Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan dan rezeki kepada kita..

The following hadith is reported by Ibn Khuzaima On the last day of Sha’ban Rasulullah addressed us and said:

no people there comes over you now a great month, a blessed month in which lies a night more greater in virtue than a 1,000 months. It is a month in which Allah has made Fasting compulsory by day. And has made sunnah the Tarawikh by night. This is indeed the month of patience, and the reward for true patience is Jannah. It is the month of sympathy with one’s fellowmen. Whosoever lessens the burden of his servants in this month; Allah will forgive him and free him from the fire of Jahannam. And whoever gave a person who fasted water to drink, Allah shall grant that giver to drink from My fountain..


till then!

sealed with lots of love!

muahxs!

...<3>...

...

*esok nak sahur or x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads