click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Nuffnang Ads

Monday, August 15, 2011

Kelakuan dan Mulut!

Aku teramat yakin bahawa ramai antara kita semua sudah masak dan sudah mengalami akan pengalaman yang aku ingin kongsi bersama ini tatkala terserempak dengan gadis belasan tahun di tempat umum. Niat di hati bukanlah mahu menconteng arang di muka mereka nak-nak lagi mereka yang seperti aku iaitu perempuan, hanya sekadar meluah perasaan dan sedikit kekesalan di hati ini di belog kesayangan ini sahaja. Kenapa tiap kali kita melihat mereka yang melakukan sedikit kesalahan, mulut kita akan lancang berbicara macam laa diri kita ie perfect? Entah laa aku pun tiada jawapan untuk itu. Ini sekadar sedikit pengalaman yang dialami tatkala mengunjungi bazaar ramadhan saban hari. Terjumpa seorang gadis yang amat mesra dengan teman lelaki nya mungkin dan ramai pulak orang kat situ memandang sinis ke arah beliau sambil berbisik antara satu sama lain. Pandangan mereka ke arah gadis itu amatlah menjengkelkan. Mungkin disebabkan hampir setiap hari beliau bertukar pasangan tapi seriously aku pun tak pasti. Usia gadis itu? Dalam belasan tahun mungkin usianya tapi aku sendiri pun tak pasti. Cantik mukanya. Ala-ala pan asian gitu kan, gadis muka mat-salleh yang cun melecun tue plus yang di gilai ramai terutamanya sang jejaka. Tetapi, mengapa mesti pan asian ya? Kerana mungkin dia memang ada darah campuran ea? Haha, mungkin lah aku pun kurang pasti akan hal itu. Itu kamu kena tanya orang yang betul-betul kenal siapa dia nie. Jangan tanya aku. Kerana aku dan dia tidak pernah kenal hanya aku sahaja yang mengenali muka beliau sedangkan aku langsung tidak pernah mengenali nama dia. Tak lebih, tak kurang. Aku memang langsung belum kenal lagi siapa dia mungkin tiada langsung cara untuk mengenali dia. Tak apa laa tak ada rezeki rasanya. Kecewa dan sedikit terkilan. Itu sahaja perkataan tepat bagi menggambarkan mengenai beliau yang saya jumpa ini. Katakanlah if aku ada kuasa untuk mengenali semua orang secara personal kan bagus? Boleh aku tahu hal-ehwal orang lain dan memandang berat seterusnya sama-sama berkongsi terhadap masalah yang mereka alami. Berkongsi kegembiraan? Itu pasti. Well sharing is caring kan? Opss jangan salah faham pulak aku bukanlah hendak menjadi stalker atau menjaga tepi kain orang ya? Saja aku hanya mahu berkongsi semata-mata. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu.Walaubagaimanapun, aku tidak akan sama sekali mempunyai kuasa sebegitu. Kuasa kita semua bahkan Perdana Menteri sekalipun amatlah terhad untuk mengenali SEMUA orang di Malaysia. Ia amat-amat lah mustahil. Tak mungkin sesekali. So ada baiknya aku stop berangan! tapi kan seriously aku amat laa pelik dengan manusia, jika kita tidak mengenali seseorang itu dengan lebih rapat, apa kejadah nya tanpa segan silu kita nak memaki seseorang itu dengan begitu bongkak ya? kenapa kita nak kena maki orang lain habis-habisan macam laa kita tak pernah buat salah jea kan? Macam kita kenal jea siapa ibu bapa mereka itu? Macam laa kita kawan dengan adik-beradiknya? Lebih tepat, adakah kita tahu persis gaya hidup orang lain 24 jam dan tahu benar apa masalah-masalah yang dia hadapi sepanjang hidup dia? Aku amatlah yakin ramai antara kita semua akan menjawab tidak! termasuklah aku sendiri, Tapi... Ya, memang ada tapi. Aku faham. Aku mengerti. Tunggu jap yea bagi aku habiskan ayat aku nie dulu. Honestly aku mahu beritahu kepada kamu semua termasuklah membuat peringatan kepada diri sendiri. Tak payah laa kita menjadi terlalu emosi dalam hal orang lain. Tak salah nak ambil tahu tapi tak perlu kot kita nak over sangat. If dah berlagak pandai untuk menjadi bagai ustaz dan ustazah 'typical instant' seperti yang selalu kita dapat lihat dalam masyarakat kita pada hari ini. Berfikirlah secara waras dan seimbang. Berkatalah dengan adil. Ingatlah siapa kita nak tentukan hukuman syurga neraka buat insan sama seperti kita means sesama manusia, itu semua kerja DIA. Tugas kita sebagai sesama manusia hanya perlu menegur secara berhemah. mereka mungkin pada kita mereka ada buat salah, mana laa taw dia akan berubah kelak dan tidak semena-mena kita pula diberi ganjaran pahala. bukankah itu lebih baik? janganlah kita bertindak seperti nak tambah koleksi dosa kering jea nak-nak di bulan mulia nie. Jangan laa harsh sangat nak-nak lagi if budak tue baru nak mendaki usia remaja baru nak berjinak-jinak nak kenal dunia sebenar. Janganlah sesekali mengeluarkan sesuatu yang buat remaja baru nak naik nie akan menjadi down mungkin. kita hendaklah adil which means meletakkan sesuatu hak di tempat yang betul. Yea aku tahu semua orang ada emosi untuk marah apabila didedahkan dengan berita yang mungkin menyeksakan hati dan perasaan kita sehingga mengeluarkan ayat sampai sebegini rupa apa-apa pun nie contoh jea laa yea. "Eh Pempuan(if kasar siket mungkin betina kan?), masuk nerakalah kau nanti. Umur baru setahun jagung dah menggatal dengan lelaki. Tak sedar ke nie bulan mulia? Bangang gila. tak sekolah ke? Tambah bangga sangat laa kata diri tue ramai koleksi jantan. Hari-hari bertukar jantan! Kau boleh pergi jahanam laa pempuan!" yea aku tahu semua marah yea laa kan kita negara timur jauh simpang akhlak yang aku gambarkan itu dengan budaya kita kan. aku amat jelas tentang itu seriously dialog aku tue just contoh sahaja tak ada nak tuju kat sape-sape pun sebab aku sendiri pun tak tahu persis apa yang orang lain lemparkan buah bicara tatkala melihat gadis itu. Tapi tolonglah wahai umat manusia janganlah hukum orang sebegitu. Amat-amatlah tidak adil yea. Mesti korang pelik kan kenapa aku cakap tidak adil sebabnya lagi terang lagi bersuluh perkataan itu terbit dari mulut kita yang amat-amat terikut dengan emosi amarah. Janganlah kita menjadi bangsa yang cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan dan aib orang lain. Kalau kita rasa kita sudah layak untuk memberi komen sebegini atau seakan begini, tak mengapa lah aku pun tiada hak nak menghalang well negara kita pun negara demokrasi kan. Bagi aku laa kan input yang terbaik untuk diberi kepada mereka yang sedikit bermasalah (macam laa diri sendiri tak melakukan salah silap kan) nie ialah "Astaghfirullah Al Azim.Allah Akhbar. Mengucap adik! Adik tau tak apa itu sebenarnya maruah. Maksud sebenar maruah? Allah Taala sendiri pernah berfirman agar hambanya menutup aib orang lain apatah lagi aib diri sendiri. Adik membuka pekung sendiri itu adalah dilarang sama sekali dalam agama kita. Nauzubillah. Bertaubat lah dik. Boyfriend bukan kekal dik ia mainan sementara dunia jea melainkan dia dah sah menjadi suami adik" Bagaimana? Iya, aku pasti ini adalah cara teguran yang terbaik. ini semua atas didikan guru-guru masa di zaman sekolah agama dulu.yea saya bekas student sekolah agama. Ada yang mungkin akan mempersoalkan mengapa kita nak kena menggunakan ulasan dengan hujah keagamaan, di tambah dengan surah-surah terpilih kepada gadis yang hanya berumur belasan tahun iya? Jika seorang gadis berumur dewasa mungkin boleh terima pakai dan amatlah sesuai. Tetapi bagi gadis yang hanya berumur belasan tahun yang masih tidak tahu atau mungkin tidak searif dalam mengenal kemanisan sebenar mempunyai Tuhan dan hidayah dari-Nya', ia sama sekali tidak akan menjadi sesuatu yang logik. Sudah sah kita lihat budak belasan tahun ini masih belum matang dalam berkata-kata dan kehidupan. Dia lebih bertindak ikut sedap mulut dan ikut sedap perasaan jea bukan berfikir dahulu sebelum bertindak. Kita sebagai umatNya janganlah hanya bertindak untuk menambahkan kekeliruan kepada gadis tersebut. Sebenarnya kan ramai lagi gadis seperti beliau ini di luar sana. Aku amat lah yakin dan kalian juga sudah jelas akan keadaan ini kan. Ramai antara kita pernah mendengar kan especially dari golongan pendidik anak bangsa yang mengatakan mendidik sang gadis remaja yang bersekolah bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi yang telah di dedahkan dengan subjek cinta. Bagi aku laa kan kita sebenarnya tak usahlah terlalu harsh sangat dalam berkata-kata sehingga perlu menghina, memaki dan mengejek orang lain. Hey siapa tidak pernah buat salah dalam hidup mereka? Walaubagaimanapun kita tidak seharusnya berdiam diri sampai perlu mengatakan 'kubur masing-masing'. Yang kita perlu ialah kesederhanaan dalam mendidik especially diri sendiri. Bukankah agama kita suka kepada mereka yang bersederhana? Mereka yang dekat dan rapat dengan adik inie seharusnya berusaha untuk menanamkan psikologi yang baik kepada pemikiran dia. Itu yang aku rasa paling penting.

Kepada yang berkenaan...

*kepada diri sendiri also!

Please say sorry to your parents! Seek their forgiveness! Your parents must be first place in whatever matter! You must realize that you just create a sin maybe to yourself. Maybe you melakukan silap sebab you alpa dengan nikmat dunia. Jangan terlalu obvious dengan kata-kata mereka yang menghina. Kerana mereka tidak kenal diri you sepenuhnya seperti you kenal dengan diri you sendiri. Lagipun, itu juga yang sering you utarakan di minda you sebelum ini kan? Don't judge a book by its cover. Betul? tolonglah jangan bangga sangat dengan perbuatan yang you lakukan tue. tak salah if merendah diri kan? Kamu boleh bercinta. For me hanya orang gila sahaja yang melarang percintaan, melarang couple. Kerana mereka terlalu paranoid. Maybe. Tapi, kita sebagai hamba nie mesti mencintai Sang Pencipta lebih dari segala-galanya. Hanya Sang Pencipta yang sentiasa setia mendengar keluhan, kesedihan dan kegembiraan kita setiap masa. Kita boleh menyintai seseorang lelaki yang kita minat kerana tak salah ada sifat mencintai dan dicintai dalam hidup kita. Cuma, kita perlu mencari cinta yang tepat. Berusaha dan memohon dari-Nya. jangan sesekali berputus asa. Jangan sesekali kita mendekati lelaki yang boleh membiarkan diri kita terkapai-kapai apabila kita dilanda masalah, apabila kita sudah tiada mahkota diri, dan apabila kita dirundung dalam masalah yang besar. Mintak simpang! Nauzubillah min Zalikh! Takaballah hu minkum! aminnn.......

For me,life can only be learned by doing mistakes. No such thing life without mistakes man.. No such thing.

till then!

sealed with lots of love!

muahxs!

...<3>...

...

*terdetik untuk menulis entry inie disebabkan terlalu ramai orang yang menghentam mereka ini! kesian gila kot kat mereka ini dihentam sebegini. bengka tue tetap laa ader kan nak-nak lagi dengan kelantangan dia tue macam jauh jea dah tersimpang kan tapi ntah laa saya pun tak tahu nak cakap macam mana. just imagine if she is ur sister? what you feel? saya bukannya kakak dia yea. hanya manusia semalaysia sahaja. Sorry laa teremosi siket tatkala menulis sampai terpaksa bahasakan diri ‘aku’. Sorry!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads