click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Nuffnang Ads

Friday, February 24, 2012

typical words in judging people!

Bila Perempuan Hodoh Berpakaian Menjolok Mata

Bila berdepan dengan situasi macam nie Kita biasa akan dengar orang akan berkata-kata..
"Dah la muka tak berapa nak berselera, pakai pulak macam tu *seksi laa maknanya tue kan?*. Cubalah pakai tu menutup aurat sikit. Awak dah la tak cantik, perangai pun takkan nak tak cantik jugak?"
Apa punya ayat tue dik non oii?

Tapi bila ternampak awek muka hot giler plus cun-melecun kita akan dengar macam nie plak kan?
"Perrggghhh.. Muka dah la hot weyh, cun, pakai pulak macam tu *seksi laa sayangku oii*. Memang peerrgggghhhhhhhh!!!!"
kan2? standard!

p/s: Takkan nak kena tunggu muka cantik baru boleh dedah aurat sesuka hati. Tak oryte laa if lagu tu!! muka cantik ke tak aurat tue kena laa tutup jugak. even diri aku sendiri tak berapa nak perfect lagi dalam soal tutup aurat nie. yea aku sedar diri! tapi korang tak payah laa nak judge aku lebih2 yea. orang lain pun tak berhak tewrima kutukan macam tue weyh! everybody unperfect!



Bila Lelaki Sengkek Tapi Hensem dan Bergaya

Biasanya laa kan kita akan dengar orang akan kata or kita sendiri mungkin pernah cakap
"Perrggghhhh...dah la hensem, stylo pulak tu. Mesti anak orang kaya ni!!"
standard nya gurl laa lebih terdorong nak cakap macam nie kn?
*sila angguk kepala anda sekarang wahai deary readers especially gurl*

Tapi biasa juga kita akan dengar kalau.. If orang tue tak berapa nak hensem or mungkin words kasarnya tak berselera
"Awak tu dah la tak berduit, nak bajet-bajet plak pakai macam anak orang kaya tu pehal? Poyo seyh! Nak muntah aku nengoknya" *kejamnya!

p/s: Mana laa kita nak tau kot-kot dia tue memang anak orang kaya ke kan. Orang kaya ni pun ada yang tak berapa nak hensem jugak apa. tak kan tiap orang kaya nak kena bergaya hensome and orang miskin nak kena muka tak berselera jea.. hoih apa punya typical minded laa! dunia tak akan fair if benda itu terjadi.. serious! Tuhan kita mahal adil ok!



Bila Kereta Buatan Malaysia Bawak Laju Dekat Highway

Biasa saya dengar orang akan kata..bukan saya yea sebab saya lesen pun tak ada!hahaha *kawan saya leteww
"Alahai, dah la bawak kereta kancil je, nak cucuk-cucuk aku dari belakang plak! Macam la laju sangat. Kalau kau bawak Ferrari ke, Fererro Roche, Porche ke, Lamborghini ke takpe la jugak! Ini Kancil je? Halamak aih, rasa nak break mengejut je bagi aku dengan kau masuk ICU sekali."
Nak ke benda nie jadi kenyataan? macam teramat kejam sangat. tolerate yea?

Tapi biasa juga kita akan dengar kalau.. If itu kereta import laa kan
"Perrrggghhhh.. Laju siot BMW tu pergi. Nasib baik kau bawak BMW. Tunggu la satu hari nanti aku beli Ferrari pulak!!"
pheww tak melayang jiwa ke? tak sayang nyawa ke? tapi ayat yang last tue saya suka. I like it!

p/s: Kereta import ke, kereta buatan Malaysia ke, bawak laju-laju nak pegi mana? Nak laju pegi litar lumba sana yeah. hormat laa orang lain siket. jangan laa nak pandang rendah if dia bawak kereta malaysia. at least dia ada kereta kan? Respect Ok? Pandu cermat jiwa selamat!




Bila Pemain Bola Sepak Kita Popular


Normally kita akan dengar orang akan kata..
"Mengalahkan artis popular laa kau nie! Masuk majalah sana, masuk majalah sini. Scandal nak ngan yang cantik jea! Nak jadi macam David Beckham la tu tapi mainnya macam hampeh gila!!"
aper punya buah mulut nie? tak baik laa macam nie..patut nya kita bangga ngan pencapaian anak watan kita.. chewaahhh!

Tapi biasa juga kita akan dengar or mengucapkan begini nak-nak if itu pemain luar negara laa
"Patut la popular gila, main hebat, muka macho, kaya giler plak tu!! untung siapa dapat dia!"
biar laa dia dengan hidup dia as long kita bahagia dengan hidup kita!

p/s: ada saja yang tak kena kat mata kita kan kalau orang kita lebih sikit dalam hidup dia. sepatutnya kita mendoakan mereka bukannya memandang rendah.. jangan laa nak negatif sangat ngan hidup orang lain yea readers..



Bila Ada Orang Lain Bawa Kereta Dekat Jalan Raya Macam Orang Gila

Biasa saya akan dengar orang yang bawak kereta akan kata..
"S***!! B***H!! M***** la kau depan tu! Excident la kau!! Bawak kereta macam jalan makbapak ko punya jea kan!!"
heh bertenang leyh tak.. jangan laa nak gabra sangat nak mengata orang itu ini..

Tapi kan biasa juga kita akan dengar kalau si yang drive sendiri yang drive macam orang gila
"Ah, aku dah lambat. Korang nak kata apa kata la! peduli hape aku! "

p/s: Mungkin yang bawak kereta laju-laju tu ada emergency ke hape kan or mungkin tidak! Tapi bersangka baik la dulu kan.. Jangan laa mendoakan yang bukan-bukan. Itukan amalan yang baik lagi mulia..!



Bila Ada Pasangan Lelakinya Hodoh Tapi Perempuannya Bukan Main Hot Ataupun Sebaliknya

Normally kita akan dengar orang akan kata lebih kurang macam nie laa
"Kau tengok tu awek dia bukan main hot lagi tapi balak dia.. MasyaAllah, nak tengok pun tak berselera! Entah-entah dia ada pakai guna-guna tak masa nak mengayat tuh!"
dah jodoh dik oii tak leyh nak kata.. even ia nampak or kedengaran macam cliche tapi tue laa hakikatnya yea..

Tapi bila kita tengok pasangan sama-sama cantik senang cerita sepadan laa ayat nie jugak yang kita akan dengar or kita akan cakap
"Sweet sangat couple tu! Sama padan. Dua-dua hot. Jelous betul aku!!"
boleh pun puji kan? tak elok laa nak kutuk-kutuk orang. dah jodoh mereka kita doakan sudah laa yea.. ner taw kita pun akan dapat pasangan seperti apa yang diimpikan..aminn.. ngheee~

p/s: Tak paham betol aku ngan manusia nie!! Huhuhu~



Ada lagi tak typical words yang sering orang kita guna bila nak judge apa yang mereka nampak dan rasa? Kalau ada, korang pikir-pikirlah sendiri dan simpannya dalam hati. Kadang-kadang kita perlu bersikap adil kepada semua golongan untuk mengkritik. Tak boleh la nak bias *betul ke words aku nie* kepada satu golongan kerana mereka juga makhluk Allah. Diciptakan olehNya dari bahan yang sama. So, kalau korang kutuk mereka-mereka yang berkaitan sama seperti korang mengutuk ciptaaNya atau korang tidak redha mereka dijadikan begitu. Lagipun, kita lebih kurang je macam yang korang kutuk tu! So... Pikir laa sendiri! semua kan dah besar....


till then!
sealed with lots of love!
muahxs!
...<3>...
...

*avoid from typical words in judging others!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads