click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Nuffnang Ads

Showing posts with label juz bla bla bla...~~~~. Show all posts
Showing posts with label juz bla bla bla...~~~~. Show all posts

Friday, May 11, 2012

how to make up mind?

aduii susah kot nak make up my mind about quantitative business analysis nie! aduaiii!


QUANTITATIVE BUSINESS ANALYSIS! 
SUSAH!
HOW TO SCORE IT?
HOW TO GET SUCCESS WITH FLYING COLOUR?
HOW TO DO WELL?
SCARY SUBJECT!
TAKUUUUTTTT.....!




till then!
sealed with lots of love!
muahxs!
...<3>...
...

*seiess xnak repeat paper! T.T

Tuesday, April 3, 2012

holla april 2012!

holla! chapter march 2012 dah selamat di end up kan! so chapter april pula telah dibuka kan dengan sempurna even baru 3 hari! so cerita ceriti masa bulan march tue dah boleh masuk muzium laa kan?melampau gilaaa! hahahaha
hopefully everything will gonna smoothly!
Hope you had a nice april ever. oh yea the weather is better than here, where it's raining since yesterday. By the way it's already April and this is pretty good for my mood, despite the rain and the cold wind! hehehhee

till then!
sealed with lots of love!
muahxs!
...<3>...
...

*can't wait to back hometown..!

Saturday, March 17, 2012

jom melayan kebosanan!

apabila bosan melanda macam nie laa yea.. hope bersabar laa yea dengan karenah ayin yea!

1.Bekas kekasih saya adalah:
Of course laa a man. Its difficult for me to fall in love with guys. It's hard to find the chemistry, still sneaking my soulmate, nothing could describe my feeling ;p

2. Saya sedang mendengar:
Lagu laa! paling tepat bawaku pergi dari zizan and kaka! just falling in love dengan lagu nie!
tak boleh dengar orang in reality bercakap sebab masing-masing busy dengan kerja masing-masing..*well kitorang bertiga sahaja*

3. Mungkin saya patut:
do homework! fin533. standard student kan!

4. Saya suka:
Korean drama series. Just finished watching 49 Days. Recommended. Full of values but a little bit deviate from our normal belief as a human. Wakaka.


5. Sahabat-sahabat baik saya:
My bestiest is my good friend. My family and of course good friends of mine!!! :)


6. Saya tak faham:
Why people always seek for perfectionist? Sometimes we must try to accept individual differences. What makes you different might be your greatest strength! please do not compare yourself with others! every human in this world have their theorem!


7. Saya kehilangan:
My one of person that used called friend! thanks "friend" for nothing!

8. Ramai yang berkata:
Ok, I admit it. I'm getting fatter! Even I said this to myself LOL!
that's why i'm entering netball for kesatria and aerobic session! :P


9. Makna nama saya:
'The light of happiness or 'The light of eyes softness'
proud with my name! :P


10. Cinta itu adalah:
The greatest power in the universe :) it could be the happiest moment, sad or confused!
Ini termasuklah cinta sesama manusia, sesama Islam, saudara, family, Rasulullah swt dan kepada Nya :)


11. Di suatu tempat , seseorang sedang:
Waiting for me to hang out. I'm little bit busy with my duties here..:(


12. Saya akan cuba:
Diet! hahahaha. But it's so not easy to diet as i like i want! okeyh!

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
Till the end. it also can be till you can endure it. Forever.

14. Telefon bimbit saya:
Blackberry bold and sony ericsson *can't remember what exactly what model it is* given by my beloved daddy. Wanna look for a new galaxy s 2 i though!
ayah! may i? :D

15. Bila saya terjaga dari tidur:
Switch off the alarm. Then, try recall mimpi apa yang dialami and at the same time i was wondering did when i want to try untuk betulkan balik what my wrongdoing selagi diberi chances of life by HIM!

16. Saya paling benci apabila:
People make a big fuss of something not important, Make fun of other as if they are so perfect, Fikir sendiri bagus eeee I'm so allergic with this kind of people. oh yea lagi satu jangan nak melampau sangat jaga tepi kain orang! jangan nak harap orang akan jadi awak! kita tiada klon! masing-masing unik yea!


17. Pesta/Parti adalah:
A congested and crowded places but i still have an interest to attend it at least i can meet my friends! :)


18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
Alien yang comel adalah! sorry! i'm not so animal addicted person!

19. Peringkat umur paling menyeronokkan bagi saya ialah:
When I do not need to think what life should be! do not need to think how to be a better! when i do not think to care the others feel or think about me!
*sorry terlebih emosi plak*

20. Hari ini:
I feel well and better than yesterday. really?
Actually went home then boosan, boosan, boosan and boosan!


21. Malam ini saya akan:
melayan movie kat tv or kat lappy or maybe layan novel!

22. Esok pula saya akan:
tidow, makan and bla bla bla. but i will try to find time to settle fin533!

23. Saya betul-betul ingin:
Get back my ideal weight :D


24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:
I need wear sunblock to cover my face but i malas!haha :)


25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:
Shopping centre, of course. Women are born to being shopaholic!
:P


26. Makanan Barat atau Jepun:
Both. barat i refer to mcdonalds punya meal and jepun of course seaweed and sushi!

27. Bilik yang terang atau gelap:
Both. Depends on mood and what i'm doing.


28. Makanan segera adalah:
benda yang cepat disediakan dan cepat untuk dimakan!

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
'kau tidur ke buat kerja?'

30.Tempat yang anda mahu pergi ?
Mekah. InsyALLAH. Another one is oversea! maybe united kingdom orf maybe australia!

Eh, dah abis dah tag? Ok

till then!
sealed with lots of love!
muahxs!
...<3>...
...

*saya bosan gila seriously!

Saturday, March 10, 2012

Dah masuk sem! boring!

Sem baru sudah bermula!
saya rasa amat bosan tapi tidak tahu apa yang harus dibuat!
hari-hari makan, online, movie, chitchat, tidow!
dah laa kat perlis nie almost every day hujan ajea!
*pheww memang bersenag-senang kan ko ayin oii!*
nasib baik jadual dah settle! if tak rabak lagi laa otak aku nak pikir how to settle it!
sem nie i'm not full belonging to international bisznes anymore!
sebabnya sem nie sume kelas saya masuk!
ada dengan budak finance!
ada dengan budak marketing!
ada dengan budak human resource!
wah berterabur ok!
apa-apa pun hope sem nie akan datang semangat baru, azam baru and semuanya baru laa!
ok tue jea laa nak cerita sekarang lain kali laa plak yea! ada hal! hehehehe


till then!
sealed with lots of love!
muahxs!
...<3>...
...


*nak layan heart string jeaa laa! hehehhe

Friday, February 24, 2012

typical words in judging people!

Bila Perempuan Hodoh Berpakaian Menjolok Mata

Bila berdepan dengan situasi macam nie Kita biasa akan dengar orang akan berkata-kata..
"Dah la muka tak berapa nak berselera, pakai pulak macam tu *seksi laa maknanya tue kan?*. Cubalah pakai tu menutup aurat sikit. Awak dah la tak cantik, perangai pun takkan nak tak cantik jugak?"
Apa punya ayat tue dik non oii?

Tapi bila ternampak awek muka hot giler plus cun-melecun kita akan dengar macam nie plak kan?
"Perrggghhh.. Muka dah la hot weyh, cun, pakai pulak macam tu *seksi laa sayangku oii*. Memang peerrgggghhhhhhhh!!!!"
kan2? standard!

p/s: Takkan nak kena tunggu muka cantik baru boleh dedah aurat sesuka hati. Tak oryte laa if lagu tu!! muka cantik ke tak aurat tue kena laa tutup jugak. even diri aku sendiri tak berapa nak perfect lagi dalam soal tutup aurat nie. yea aku sedar diri! tapi korang tak payah laa nak judge aku lebih2 yea. orang lain pun tak berhak tewrima kutukan macam tue weyh! everybody unperfect!



Bila Lelaki Sengkek Tapi Hensem dan Bergaya

Biasanya laa kan kita akan dengar orang akan kata or kita sendiri mungkin pernah cakap
"Perrggghhhh...dah la hensem, stylo pulak tu. Mesti anak orang kaya ni!!"
standard nya gurl laa lebih terdorong nak cakap macam nie kn?
*sila angguk kepala anda sekarang wahai deary readers especially gurl*

Tapi biasa juga kita akan dengar kalau.. If orang tue tak berapa nak hensem or mungkin words kasarnya tak berselera
"Awak tu dah la tak berduit, nak bajet-bajet plak pakai macam anak orang kaya tu pehal? Poyo seyh! Nak muntah aku nengoknya" *kejamnya!

p/s: Mana laa kita nak tau kot-kot dia tue memang anak orang kaya ke kan. Orang kaya ni pun ada yang tak berapa nak hensem jugak apa. tak kan tiap orang kaya nak kena bergaya hensome and orang miskin nak kena muka tak berselera jea.. hoih apa punya typical minded laa! dunia tak akan fair if benda itu terjadi.. serious! Tuhan kita mahal adil ok!



Bila Kereta Buatan Malaysia Bawak Laju Dekat Highway

Biasa saya dengar orang akan kata..bukan saya yea sebab saya lesen pun tak ada!hahaha *kawan saya leteww
"Alahai, dah la bawak kereta kancil je, nak cucuk-cucuk aku dari belakang plak! Macam la laju sangat. Kalau kau bawak Ferrari ke, Fererro Roche, Porche ke, Lamborghini ke takpe la jugak! Ini Kancil je? Halamak aih, rasa nak break mengejut je bagi aku dengan kau masuk ICU sekali."
Nak ke benda nie jadi kenyataan? macam teramat kejam sangat. tolerate yea?

Tapi biasa juga kita akan dengar kalau.. If itu kereta import laa kan
"Perrrggghhhh.. Laju siot BMW tu pergi. Nasib baik kau bawak BMW. Tunggu la satu hari nanti aku beli Ferrari pulak!!"
pheww tak melayang jiwa ke? tak sayang nyawa ke? tapi ayat yang last tue saya suka. I like it!

p/s: Kereta import ke, kereta buatan Malaysia ke, bawak laju-laju nak pegi mana? Nak laju pegi litar lumba sana yeah. hormat laa orang lain siket. jangan laa nak pandang rendah if dia bawak kereta malaysia. at least dia ada kereta kan? Respect Ok? Pandu cermat jiwa selamat!




Bila Pemain Bola Sepak Kita Popular


Normally kita akan dengar orang akan kata..
"Mengalahkan artis popular laa kau nie! Masuk majalah sana, masuk majalah sini. Scandal nak ngan yang cantik jea! Nak jadi macam David Beckham la tu tapi mainnya macam hampeh gila!!"
aper punya buah mulut nie? tak baik laa macam nie..patut nya kita bangga ngan pencapaian anak watan kita.. chewaahhh!

Tapi biasa juga kita akan dengar or mengucapkan begini nak-nak if itu pemain luar negara laa
"Patut la popular gila, main hebat, muka macho, kaya giler plak tu!! untung siapa dapat dia!"
biar laa dia dengan hidup dia as long kita bahagia dengan hidup kita!

p/s: ada saja yang tak kena kat mata kita kan kalau orang kita lebih sikit dalam hidup dia. sepatutnya kita mendoakan mereka bukannya memandang rendah.. jangan laa nak negatif sangat ngan hidup orang lain yea readers..



Bila Ada Orang Lain Bawa Kereta Dekat Jalan Raya Macam Orang Gila

Biasa saya akan dengar orang yang bawak kereta akan kata..
"S***!! B***H!! M***** la kau depan tu! Excident la kau!! Bawak kereta macam jalan makbapak ko punya jea kan!!"
heh bertenang leyh tak.. jangan laa nak gabra sangat nak mengata orang itu ini..

Tapi kan biasa juga kita akan dengar kalau si yang drive sendiri yang drive macam orang gila
"Ah, aku dah lambat. Korang nak kata apa kata la! peduli hape aku! "

p/s: Mungkin yang bawak kereta laju-laju tu ada emergency ke hape kan or mungkin tidak! Tapi bersangka baik la dulu kan.. Jangan laa mendoakan yang bukan-bukan. Itukan amalan yang baik lagi mulia..!



Bila Ada Pasangan Lelakinya Hodoh Tapi Perempuannya Bukan Main Hot Ataupun Sebaliknya

Normally kita akan dengar orang akan kata lebih kurang macam nie laa
"Kau tengok tu awek dia bukan main hot lagi tapi balak dia.. MasyaAllah, nak tengok pun tak berselera! Entah-entah dia ada pakai guna-guna tak masa nak mengayat tuh!"
dah jodoh dik oii tak leyh nak kata.. even ia nampak or kedengaran macam cliche tapi tue laa hakikatnya yea..

Tapi bila kita tengok pasangan sama-sama cantik senang cerita sepadan laa ayat nie jugak yang kita akan dengar or kita akan cakap
"Sweet sangat couple tu! Sama padan. Dua-dua hot. Jelous betul aku!!"
boleh pun puji kan? tak elok laa nak kutuk-kutuk orang. dah jodoh mereka kita doakan sudah laa yea.. ner taw kita pun akan dapat pasangan seperti apa yang diimpikan..aminn.. ngheee~

p/s: Tak paham betol aku ngan manusia nie!! Huhuhu~



Ada lagi tak typical words yang sering orang kita guna bila nak judge apa yang mereka nampak dan rasa? Kalau ada, korang pikir-pikirlah sendiri dan simpannya dalam hati. Kadang-kadang kita perlu bersikap adil kepada semua golongan untuk mengkritik. Tak boleh la nak bias *betul ke words aku nie* kepada satu golongan kerana mereka juga makhluk Allah. Diciptakan olehNya dari bahan yang sama. So, kalau korang kutuk mereka-mereka yang berkaitan sama seperti korang mengutuk ciptaaNya atau korang tidak redha mereka dijadikan begitu. Lagipun, kita lebih kurang je macam yang korang kutuk tu! So... Pikir laa sendiri! semua kan dah besar....


till then!
sealed with lots of love!
muahxs!
...<3>...
...

*avoid from typical words in judging others!

Monday, February 20, 2012

broadband baru!

hye my beloved readers!
so many times do not see yeah..
actually saya punya broadband lama dah selamat di terminated daa..
saya terminated sebab mahal sangat laa bayarannya. tak termampu saya nak bayarnya..
almaklum laa student lagi kan so dalam hal2 yang berkaitan wang nie agak particular laa siket..hehehehe
so now saya sekarang dah pakai pelan baru dengan price yang lebih berbaloi-baloi..
dapat laa senyum lebar siket yeah sebab nya duit siket saving..
yea laa before this selalu jugak pikir how to save belanja..
and now dah jumpa way how to cut bajet siket2..
fuuuhhh lega taw..
tak laa rasa terbeban siket..

happy taw dapat pakai broadband baru nie..!
if taw kat my aunt sure sume tukar nie! confirm!
untuk korang sume if terasa nak pakai broadband tue pilih laa yang terbaik ntok anda..!
sekarang banyak sangat broadband yang sudah tersedia terjual di pasaran
yang tinggal juast yang mana kita patut pilih..
pilih laa yang betul2 berbalaoi ntok kita sebagai pengguna..
;)


till then!
sealed with lots of love!
muahxs!
...<3>...
...
*takuut laa pikir pasal yang satu tue..

Tuesday, February 7, 2012

terukir di bintang!

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


till then!
sealed with lots of love!
muahxs!
...<3>...
...

*its so meaningless!

Sunday, January 29, 2012

hand phone dirembat!

yeah now hidup saya tanpa handphone..
bukan laa dua2 handphone tak da..
satu jea laa..
so bila dah pakai satu handphone nie paham-paham laa line pon satu jea laa..
if sebelom nie saya pakai dua line sekaligus
tapi sekarang hanya satu line sahaja yang berfungsi iaitu MAXIS!
so CELCOM buat masa nie diberhentikan penggunaan seketika..
kat rumah nie memang laa ada handphone-handphone spare
tapi macam tak ada hati jea nak pakai..
ntah laa tak tahu kenapa..
bila pakai satu handphone nie paham-paham jea laa yea
haruslah mengedik nak aim handphone baru kat pasaran..
sekarang hanya ada two choice jea..
hope my daddy will notice about this as soon as possible..

oh yea kepada kengkawan sorry ea if dengan ketidak aktifan line celcom saya menyusahkan korang. benda nie tidak disengajakan yea.. sorry sangat!


till then!
sealed with lots of love!
muahxs!
...<3>...
...

*nak galaxy s 2!

Wednesday, December 21, 2011

malas..!

aku nak update story tapi aku tak taw nak update apa..
aku nak update sangat tapi aku rasa malas laa pulak nak update..
malas nak taip..
malas nak memikir kan bahasa apa yang nak ditaip..
malas..malas..malas..

rasa nak update pasal macam-macam laa
tapi...tapi.. tapi ahhhh malasnya...
aku memang malas..
malas nak buat esaimen, malas nak ulang kaji..
malas.. malas.. malas..

kenapa aku malas sangat!
okey aku malas nak buat apa-apa pun..
malas nak mengadap buku..
malas.. malas.. malas..
kenapa aku perlu cakap mals?
macam mana nak maju nie..
nie laa ayien!
k.. bye!


till then!
sealed with lots of love!
muahxs!
...<3>...
...

Sunday, November 20, 2011

20.11.2011

lama nya tak bersiaran untuk mengupdate blog! terasa taw! *gedik arh ko,ayien!*
ok now just nak reveal pasal tarikh nie jep!
ramai cakap 11.11.11 tue unik tapi bagi saya laa kan tarikh hari nie lagi laa cantik!
serious!
very beautiful day!
serious what a such lovely day!
bagi saya laa kan saya lebih prefer tarikh nie dari tarikh yang semua date dia same number!
really hope that i will create a special moment in my life on this date!


till then!
sealed with lots of love!
muahxs!
...<3>...
...

*i wanna go and get my subway! yummy! malam nie dah kena balik perlis! T.T

Friday, November 11, 2011

11.11.11

actually apa ada pada nombor?
sana sini semua update benda sama yang sama..
semua people macam excited gila ngan tarikh nie..
ok maybe saya tak se excited anda semua!
ok sorry!
hurmm ada yang nak couple on this date
tak kurang ada yang nak bertunang laa nak kawen laa
ok tak salah sikit pon if pick dat day untuk buat kebaikan
soalannya? adakah ia hanya secantik semata-mata?
kekadang i curious jugak laa did nombor tue boleh jamin kebahagiaan?
"sekali seumur hidup ni"..
ok laa its depend on individu laa kan kita hanya dapat rancang!
kagum kagum jugak yea sayangs tapi jangan terlalu taksub pulaa..!

till then!
sealed with lots of love!
muahxs!
...<3>...
...


*biru sebab saya baru beli tudung kaler biru..hehehe..

Thursday, November 3, 2011

let's tag with me!


1. Siapa yang membuatkan hari anda penuh dengan keceriaan?
*my family and semestinya kawan-kawan tersayang...
tak ada lagi selain daripada kesayangan saya ini... =)

2. Bila pertama kali jatuh cinta?
*form 2 kottt.... hahahaha

3. Apakah ciri-ciri lelaki idaman anda?
*sesuai fitrah sebagai lelaki beragama islam dan sebagai manusia!
*mata sepet!
*ada sense of humor!
*tinggi lebih 3cm dari saya cukup dah! jgn lebih2.. hahaha
*and so on... =P

4. Jika diberikan peluang untuk melancong ke luar negara, negara manakah yang ingin anda pergi?
*can i go to united kingdom??

5. Hadiah apakah yang begitu istimewa yang pernah anda dapat?
*emm... hadiah ape erk??
*stitch, bear, hand phone, and banyak lagi laa!
=P

6. Movie ape yang paling anda suka? Kenapa?
*running man! actually bukan movie ni... game show... its fun! make me laugh everytime i watch it..

7. Apakah lagu kegemaran anda? Kenapa?
*mesti laa lagu taylor swift eva!

8. Movie ape yang telah buat anda menitiskan air mata?
* tak ada kot movie yang buat saya nangis setakat ni...
*oh yeah ada laa movie tue tapi tak ingat tajuk apa! =P

9. Berapa kali anda makan dalam sehari?
*2-3.. depend kat kapasti kelaparan and bergantung kepada makanan!

10. Pekara yang anda nak buat tapi tak tercapai?
*nak jadi arkitek..
tapi nampaknya akan jadi international business punya orang untuk masa depan..

11. Apakah impian anda?
* sekurang-kurangnya dapat cgpa 4.0 untuk 1sem masa degree nie..
*hantar parents pergi mecca ngan my own money!
*nak luxury car BMW punya brand!
*my own creation palace!
*ada karier sendiri!
*make around world like a fairy tale!
*bahagia dunia akhirat!
wish me luck yeah!
;)


till then!
sealed with lots of love!
muahxs!
...<3>...
...


*it's the best way to make my mind released!

Monday, August 15, 2011

Kelakuan dan Mulut!

Aku teramat yakin bahawa ramai antara kita semua sudah masak dan sudah mengalami akan pengalaman yang aku ingin kongsi bersama ini tatkala terserempak dengan gadis belasan tahun di tempat umum. Niat di hati bukanlah mahu menconteng arang di muka mereka nak-nak lagi mereka yang seperti aku iaitu perempuan, hanya sekadar meluah perasaan dan sedikit kekesalan di hati ini di belog kesayangan ini sahaja. Kenapa tiap kali kita melihat mereka yang melakukan sedikit kesalahan, mulut kita akan lancang berbicara macam laa diri kita ie perfect? Entah laa aku pun tiada jawapan untuk itu. Ini sekadar sedikit pengalaman yang dialami tatkala mengunjungi bazaar ramadhan saban hari. Terjumpa seorang gadis yang amat mesra dengan teman lelaki nya mungkin dan ramai pulak orang kat situ memandang sinis ke arah beliau sambil berbisik antara satu sama lain. Pandangan mereka ke arah gadis itu amatlah menjengkelkan. Mungkin disebabkan hampir setiap hari beliau bertukar pasangan tapi seriously aku pun tak pasti. Usia gadis itu? Dalam belasan tahun mungkin usianya tapi aku sendiri pun tak pasti. Cantik mukanya. Ala-ala pan asian gitu kan, gadis muka mat-salleh yang cun melecun tue plus yang di gilai ramai terutamanya sang jejaka. Tetapi, mengapa mesti pan asian ya? Kerana mungkin dia memang ada darah campuran ea? Haha, mungkin lah aku pun kurang pasti akan hal itu. Itu kamu kena tanya orang yang betul-betul kenal siapa dia nie. Jangan tanya aku. Kerana aku dan dia tidak pernah kenal hanya aku sahaja yang mengenali muka beliau sedangkan aku langsung tidak pernah mengenali nama dia. Tak lebih, tak kurang. Aku memang langsung belum kenal lagi siapa dia mungkin tiada langsung cara untuk mengenali dia. Tak apa laa tak ada rezeki rasanya. Kecewa dan sedikit terkilan. Itu sahaja perkataan tepat bagi menggambarkan mengenai beliau yang saya jumpa ini. Katakanlah if aku ada kuasa untuk mengenali semua orang secara personal kan bagus? Boleh aku tahu hal-ehwal orang lain dan memandang berat seterusnya sama-sama berkongsi terhadap masalah yang mereka alami. Berkongsi kegembiraan? Itu pasti. Well sharing is caring kan? Opss jangan salah faham pulak aku bukanlah hendak menjadi stalker atau menjaga tepi kain orang ya? Saja aku hanya mahu berkongsi semata-mata. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu.Walaubagaimanapun, aku tidak akan sama sekali mempunyai kuasa sebegitu. Kuasa kita semua bahkan Perdana Menteri sekalipun amatlah terhad untuk mengenali SEMUA orang di Malaysia. Ia amat-amat lah mustahil. Tak mungkin sesekali. So ada baiknya aku stop berangan! tapi kan seriously aku amat laa pelik dengan manusia, jika kita tidak mengenali seseorang itu dengan lebih rapat, apa kejadah nya tanpa segan silu kita nak memaki seseorang itu dengan begitu bongkak ya? kenapa kita nak kena maki orang lain habis-habisan macam laa kita tak pernah buat salah jea kan? Macam kita kenal jea siapa ibu bapa mereka itu? Macam laa kita kawan dengan adik-beradiknya? Lebih tepat, adakah kita tahu persis gaya hidup orang lain 24 jam dan tahu benar apa masalah-masalah yang dia hadapi sepanjang hidup dia? Aku amatlah yakin ramai antara kita semua akan menjawab tidak! termasuklah aku sendiri, Tapi... Ya, memang ada tapi. Aku faham. Aku mengerti. Tunggu jap yea bagi aku habiskan ayat aku nie dulu. Honestly aku mahu beritahu kepada kamu semua termasuklah membuat peringatan kepada diri sendiri. Tak payah laa kita menjadi terlalu emosi dalam hal orang lain. Tak salah nak ambil tahu tapi tak perlu kot kita nak over sangat. If dah berlagak pandai untuk menjadi bagai ustaz dan ustazah 'typical instant' seperti yang selalu kita dapat lihat dalam masyarakat kita pada hari ini. Berfikirlah secara waras dan seimbang. Berkatalah dengan adil. Ingatlah siapa kita nak tentukan hukuman syurga neraka buat insan sama seperti kita means sesama manusia, itu semua kerja DIA. Tugas kita sebagai sesama manusia hanya perlu menegur secara berhemah. mereka mungkin pada kita mereka ada buat salah, mana laa taw dia akan berubah kelak dan tidak semena-mena kita pula diberi ganjaran pahala. bukankah itu lebih baik? janganlah kita bertindak seperti nak tambah koleksi dosa kering jea nak-nak di bulan mulia nie. Jangan laa harsh sangat nak-nak lagi if budak tue baru nak mendaki usia remaja baru nak berjinak-jinak nak kenal dunia sebenar. Janganlah sesekali mengeluarkan sesuatu yang buat remaja baru nak naik nie akan menjadi down mungkin. kita hendaklah adil which means meletakkan sesuatu hak di tempat yang betul. Yea aku tahu semua orang ada emosi untuk marah apabila didedahkan dengan berita yang mungkin menyeksakan hati dan perasaan kita sehingga mengeluarkan ayat sampai sebegini rupa apa-apa pun nie contoh jea laa yea. "Eh Pempuan(if kasar siket mungkin betina kan?), masuk nerakalah kau nanti. Umur baru setahun jagung dah menggatal dengan lelaki. Tak sedar ke nie bulan mulia? Bangang gila. tak sekolah ke? Tambah bangga sangat laa kata diri tue ramai koleksi jantan. Hari-hari bertukar jantan! Kau boleh pergi jahanam laa pempuan!" yea aku tahu semua marah yea laa kan kita negara timur jauh simpang akhlak yang aku gambarkan itu dengan budaya kita kan. aku amat jelas tentang itu seriously dialog aku tue just contoh sahaja tak ada nak tuju kat sape-sape pun sebab aku sendiri pun tak tahu persis apa yang orang lain lemparkan buah bicara tatkala melihat gadis itu. Tapi tolonglah wahai umat manusia janganlah hukum orang sebegitu. Amat-amatlah tidak adil yea. Mesti korang pelik kan kenapa aku cakap tidak adil sebabnya lagi terang lagi bersuluh perkataan itu terbit dari mulut kita yang amat-amat terikut dengan emosi amarah. Janganlah kita menjadi bangsa yang cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan dan aib orang lain. Kalau kita rasa kita sudah layak untuk memberi komen sebegini atau seakan begini, tak mengapa lah aku pun tiada hak nak menghalang well negara kita pun negara demokrasi kan. Bagi aku laa kan input yang terbaik untuk diberi kepada mereka yang sedikit bermasalah (macam laa diri sendiri tak melakukan salah silap kan) nie ialah "Astaghfirullah Al Azim.Allah Akhbar. Mengucap adik! Adik tau tak apa itu sebenarnya maruah. Maksud sebenar maruah? Allah Taala sendiri pernah berfirman agar hambanya menutup aib orang lain apatah lagi aib diri sendiri. Adik membuka pekung sendiri itu adalah dilarang sama sekali dalam agama kita. Nauzubillah. Bertaubat lah dik. Boyfriend bukan kekal dik ia mainan sementara dunia jea melainkan dia dah sah menjadi suami adik" Bagaimana? Iya, aku pasti ini adalah cara teguran yang terbaik. ini semua atas didikan guru-guru masa di zaman sekolah agama dulu.yea saya bekas student sekolah agama. Ada yang mungkin akan mempersoalkan mengapa kita nak kena menggunakan ulasan dengan hujah keagamaan, di tambah dengan surah-surah terpilih kepada gadis yang hanya berumur belasan tahun iya? Jika seorang gadis berumur dewasa mungkin boleh terima pakai dan amatlah sesuai. Tetapi bagi gadis yang hanya berumur belasan tahun yang masih tidak tahu atau mungkin tidak searif dalam mengenal kemanisan sebenar mempunyai Tuhan dan hidayah dari-Nya', ia sama sekali tidak akan menjadi sesuatu yang logik. Sudah sah kita lihat budak belasan tahun ini masih belum matang dalam berkata-kata dan kehidupan. Dia lebih bertindak ikut sedap mulut dan ikut sedap perasaan jea bukan berfikir dahulu sebelum bertindak. Kita sebagai umatNya janganlah hanya bertindak untuk menambahkan kekeliruan kepada gadis tersebut. Sebenarnya kan ramai lagi gadis seperti beliau ini di luar sana. Aku amat lah yakin dan kalian juga sudah jelas akan keadaan ini kan. Ramai antara kita pernah mendengar kan especially dari golongan pendidik anak bangsa yang mengatakan mendidik sang gadis remaja yang bersekolah bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi yang telah di dedahkan dengan subjek cinta. Bagi aku laa kan kita sebenarnya tak usahlah terlalu harsh sangat dalam berkata-kata sehingga perlu menghina, memaki dan mengejek orang lain. Hey siapa tidak pernah buat salah dalam hidup mereka? Walaubagaimanapun kita tidak seharusnya berdiam diri sampai perlu mengatakan 'kubur masing-masing'. Yang kita perlu ialah kesederhanaan dalam mendidik especially diri sendiri. Bukankah agama kita suka kepada mereka yang bersederhana? Mereka yang dekat dan rapat dengan adik inie seharusnya berusaha untuk menanamkan psikologi yang baik kepada pemikiran dia. Itu yang aku rasa paling penting.

Kepada yang berkenaan...

*kepada diri sendiri also!

Please say sorry to your parents! Seek their forgiveness! Your parents must be first place in whatever matter! You must realize that you just create a sin maybe to yourself. Maybe you melakukan silap sebab you alpa dengan nikmat dunia. Jangan terlalu obvious dengan kata-kata mereka yang menghina. Kerana mereka tidak kenal diri you sepenuhnya seperti you kenal dengan diri you sendiri. Lagipun, itu juga yang sering you utarakan di minda you sebelum ini kan? Don't judge a book by its cover. Betul? tolonglah jangan bangga sangat dengan perbuatan yang you lakukan tue. tak salah if merendah diri kan? Kamu boleh bercinta. For me hanya orang gila sahaja yang melarang percintaan, melarang couple. Kerana mereka terlalu paranoid. Maybe. Tapi, kita sebagai hamba nie mesti mencintai Sang Pencipta lebih dari segala-galanya. Hanya Sang Pencipta yang sentiasa setia mendengar keluhan, kesedihan dan kegembiraan kita setiap masa. Kita boleh menyintai seseorang lelaki yang kita minat kerana tak salah ada sifat mencintai dan dicintai dalam hidup kita. Cuma, kita perlu mencari cinta yang tepat. Berusaha dan memohon dari-Nya. jangan sesekali berputus asa. Jangan sesekali kita mendekati lelaki yang boleh membiarkan diri kita terkapai-kapai apabila kita dilanda masalah, apabila kita sudah tiada mahkota diri, dan apabila kita dirundung dalam masalah yang besar. Mintak simpang! Nauzubillah min Zalikh! Takaballah hu minkum! aminnn.......

For me,life can only be learned by doing mistakes. No such thing life without mistakes man.. No such thing.

till then!

sealed with lots of love!

muahxs!

...<3>...

...

*terdetik untuk menulis entry inie disebabkan terlalu ramai orang yang menghentam mereka ini! kesian gila kot kat mereka ini dihentam sebegini. bengka tue tetap laa ader kan nak-nak lagi dengan kelantangan dia tue macam jauh jea dah tersimpang kan tapi ntah laa saya pun tak tahu nak cakap macam mana. just imagine if she is ur sister? what you feel? saya bukannya kakak dia yea. hanya manusia semalaysia sahaja. Sorry laa teremosi siket tatkala menulis sampai terpaksa bahasakan diri ‘aku’. Sorry!

Wednesday, August 10, 2011

tiga kata



Yeah.. lagu ni ditujukan kepada mereka yang sudah lupa erti cinta Hanya 3 kata sahaja cukup besar maksudnya

Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta
Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta
Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa
Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Di takdirkan berpisah
Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan
Dengan mereka disisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga
Mempunyai bahu setia untuk kita bersandar
Pejamkan matamu
Lihat lah di hatiku
Semua kasih terhimpun,
Dibiarkan terkurung
Jadi keluarkan
Sekarang luahkan
Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta
(aku cinta padamu)

Wo aini..i love you



till then!
sealed with lots of love!
muahxs!
...<3>...
...


*kepada pencinta duit seperti saya silalah klik disini yea terimas! sure tak akan menyesal.

Saturday, July 23, 2011

Apabila iblis syaitan diikat, nafsu pulak yang bermaharajalela.

Hehe entry kali nie namanya entry tergantung yea deary readers sebabnya topic nie dah lama dibincankang bersama kengkawan tapi hanya pada hari inie ia sempurna.hehe sorry yeah!

Dah nak masuk ramadhan dah kan kita nie? Lagi berapa hari jea lagi seminggu mungkin. Ramai. Memang ramai orang especially perempuan laa kan menanti kehadiran bulan mulia nie sebabnya ada antara kita yang akan menjadikan bulan puasa a.k.a. ramadhan nie sebagai satu platform *ceyhh platform bagai kan ko ayin! untuk mengurangkan berat badan secara tak langsung menguruskan badan lah .*padahal dua-dua ayat tue sama jea* macam laa kawan saya yan sorang tue tapi tak nak laa mention nama dia nanti dia pekik kat saya plak.hehehe

Tapi saya kurang confident dengan cita2 mereka ini. Haha.
Daripada bilangan yang berazam nak kurus pada bulan puasa, saya rasa kan cuma 1/8 jea yang betul-betul turun berat masa akhir ramadhan nanti. Selebihnya, gagal. (Ok, ini namanya statistik berangan sendiri yea kawan-kawan ^_^)

Sebab, kalau bulan puasa je, confirm berat saya naik. Haaa..
Why?

1. Sahur semua-semua mesti nak mantap jea. Bajet bekalan tenaga arh. Lepas sahur terus tidur pulak. Habis!

2. Buka puasa wajib meriah okeh. Lagi2 kalau buat reunion buka puasa tak kira laa bersama keluarga terchenta or kawan-kawan tersayang ever. Melantak memang tak hengat dunia laa kan!

3. Moreh! Jujurlaa weyh berapa kerat jea especially remaja and budak-budak pergi terawih kat masjid sebab nak beribadat? Ramai yang pergi sebab nak makan jea. Bukti? katakan lah moreh malam nie kita makan pulut ayam mesti sesak masjid tue tapi if kuih yang bajet favret orang-orang lama mesti kurang kuantiti orang yang mengunjunginya kan?

4. Makan supper! Yang nie part saya paling suka. Serious! Malam-malam mesti nak makan colek buah laa, kerang laa, popiah kukus laa, popiah basah laa, char-kueh laa, keropok laa and etc! semua nak kolestrol jea lebih so how tak menaikkan kuantiti lemak dalam diri?

5. Semua orang jujurlah..berapa ramai yang exercise time puasa?

Contohnya, bila puasa saya suka *nie contoh tahun ramadhan lepas laa yea

pagi saya mesti sahur nasi. Lauk? Tak payah mention laa wat malu jea sebab duk bujang kan?dah laa taun lepas masa ramadhan kami tiada peti ais! T.T so sudahnya makan lauk dalam tin sahaja laa. Nasib badan kan? Buka puasa pula if tak mentekadarah nasi bungkus yang berkilo-kilo lemak nya yang akan disumbang ke badan sendiri saya akan berbuka di kfc, A&W tak pun mcD. If kat A&W mesti nak burger dua sebab burger dia kecik berbanding favorite saya kt mcD. Heheh..gemok kan? ;p

Jadi macam mana nak buat ni?

So tahun nie saya akan cuba sedaya upaya saya untuk bereksperimen program diet untuk diri sendiri ni. Kita tak boleh lah nak terus switch to 360 degrees kan..so kita buat slowly.

1. Mula-mula, untuk sahur..masih maintain makan macam biasa, cuma kuantiti kita kurangkan separuh? Tak nak laa tahun nie no more nasi for sahur! Yeah no more nasi! *nak life sahur macam kat pilah dulu!

2. Untuk buka puasa pula tak perlu kurangkan kuantiti dahulu, cuma kurangkan makanan berlemak macam ayam goreng berempah, burger, ayam kfc, ayam percik, air berkabonat dan lain-lain and apa-apa gulai memang out of list tahun nie hanya makan sup-sup sahaja!slrppp..!

3. Masa moreh tak nak makan laa..dah burn lemak masa terawih tak kan laa nak tambah lagi kot. Tak boleh memang dilarang untuk tahun nie yea! Hehe

4. Haa masa supper nie memang tak akan tahan punya if tak cubit siket makanan. So saya akan tetap makan tapi hanya dalam kuantiti sehabis sikit..hehe and u ummi please jangan nak offer makanan yang meriah sangat masa supper tahun nie and u ayah jangan terlampau membazir membeli makanan sebagai bekalan supper! Please…

5. Try nak buat senaman ringan yang berbentuk strength or weight training. Tak nak laa pulun buat cardio workout sebab dah terbukti confirm akan pitam 3 hari..hahaha. Contohnya saya akan try buat body weight training macam push up, squad, plank dan lain-lain. Mungkin boleh mula dengan mengambil 5 minit sahaja daripada 24 jam yang diberi sehari.hehehe.. Kemudian rasa dah boleh tahan, bolehlah gandakan kepada 15 minit sekiranya mampu laa tapi tue pun tak janji laa.hehe oh yea tahun nie nak rajin sikit laa untuk melakukan kerja rumah. Eh-eh tak boleh sangat laa sebab tahun nie saya akan meniaga..nk beli tak?hehehe.. Oh yea korang tahu tak saya ada baca satu artikel nie penulis tue cakap,pada bulan puasa lebih berkesan sekiranya kita buat strength training daripada cardio workout. Cardio memang terbukti baik untuk jantung, tetapi kerana kita berpuasa, kita tidak mempunyai tenaga yang berlebihan senang cerita yang cukup untuk cardio dan cardio workout hanya akan membakar calorie semasa workout. Contohnya semasa jogging. Tetapi strength training pulak banyak melibatkan penggunaan muscle, jadi senaman seperti ini akan terus membakar calorie walaupun selepas tamat kita bersenam. Dan kita pun tidaklah termengah-mengah nanti. =)

Kita maintain step ni untuk seminggu pertama di bulan ramadhan dulu ea? Tengok apa jadi.
Apa? anda ingin mencuba? Boleh jea nak if kawan yang saya maksudkan di awal tadi rasa nak join.hehe Semoga berjaya. ;p
Jangan lupa timbang sebelum cuba yea. Nanti dah seminggu try, timbang kata tak ada apa-apa perubahan pulak padahal sebelum ni berat dah melonjak naik mengalahkan bursa saham tapi tak sedar pastu..ghrrrrrrrr….!


till then!

sealed with lots of love!

muahxs!

...<3>...

...


*dah habis ke keluh kesah bersama kak esah tentang negeri yang nun jauh di utara tue? Ada lagi laa tunggu laa bila saya ada mood untuk bercerita tentang itu..T.T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads